BE YOURSELF
ABOUT ME ENTRY TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
I'm Fever T_T
Friday, November 4, 2011 • 3:06 PM • 4 convicts
Assalamualaikum. Ehem, sebenarnya bukannya demam yang melibatkan homeostasis sampai perlu negative feedback sebagai salah satu cara untuk kebah *okay, merepek* tapi EXAM'S FEVER :) yup, UNIMAS baru study week ini, exam next week 8/11/2011 until 11/11/11. Jangan pelik kenapa U kami lambat sangat nak exam, padahal U lain semua dah habis, even ada certain U yang dah keluar result macam UIA and UiTM. Alhamdulillah major kawan-kawan saya dapat result yang memberangsangkan, Dean's List lagi lah ramai :) Tahniah sahabat-sahabat-sahabat-sahabat *ramai sangat sahabat* Jangan lupa doakan saya dekat sini kayhh :)

Nervous memang nervous tapi itu standard lah kan bagi setiap student :) Kalau tak rasa apa-apa macam pelik lah pula. Tapi kena ingat, nervous nervous pun, study kena jalan, ibadah jangan tinggal, ukhuwwah sesama kita kena jaga :) Jangan lah sebab study, solat lambat, dari pergi berjemaah terus tinggal solat, dari selalu baca Al Quran 1 2 juzuk per day, terus tak baca Al Quran, and macam macam aspek lagi lah yang perlu dipandang. Exam ini memang penting, tapi agama itu LAGI penting. Eh tapi tapi tapi, jangan ingat bila kita dah buat semua perintah agama, but then kita tak study tapi dengan penuh selambanya kita tawakkal pada Allah, konon-konon 'usaha' yang kita buat itu dah cukup. Itu dah salah konsep pasal tawakkal :)

And lagi satu nak tekankan dekat sini ialah cara study. Macam mana nak study dengan lebih effective lah bak kata orang kampungnya? Jangan lah time study biology, tengah khusyuk-khusyuk hafal nota sambil dengar lagu Mr Simple lah, Linkin Park lah, hindustan pun ada, haishhh, alamatnya yang otak kamu semua interpret nanti bukan main point yang dibaca, tapi lagu-lagu itu. Apa kata kalau nak sangat lah dengar something sebagai halwa telinga, cubalah pasang bacaan Al-Quran yang Qari baca, macam Misyari Rashid ke, Syeikh Saad Al-Ghamidi pun sedap juga. Kan sejuk sikit hati dengar itu :)

Apa kata kamu semua bangun awal pagi macam dalam pukul 3 or 4 am untuk study? Pasang niat awal-awal nak bangun untuk buat tahajjud then after itu, duduk kat kerusi and start lah study. Baca Biology/Chemistry sangat sesuai lah. Baca chapter yang diajar time before cuti mid-sem lah bagus, recap lah bak kata nenek saya. Then pagi itu dalam pukul 8-12pm bacalah Biology chapter yang diajar after cuti mid-sem. Tengah hari pula time pukul 2-5pm study and buat latihan Math pula, time ini bolehlah dengar lagu sikit-sikit, sebab Math kan, and petang itu probably penyakit mengantuk melanda setiap diri insan yang study *apa kata khailullah dulu sebelum sambung study Math, okay?* Then, malam malam pula, after balik daripada masjid, around pukul 8.30pm-12pm study lah Chemistry pula. Nampak senang nak buat, and memang senang pun! Cuma rajin or malas jelah penentunya haha :D

Cari kawan untuk study sama-sama, jangan tersalah buat study group yang bukan study, but jadi gossip group pula. :) Itu dah lari dari maksud and meaning XD #Thanks to my soulmate, Zafirah Azmi sebab study dengan saya. Please sahabat-sahabat, jangan tinggal perkara wajib, okay? Semua kawan saya baik-baik kan kan kan? Study ini tak kan ke mana kalau perkara wajib kamu tak buat, or kalau kamu berjaya pun, ada jaminan kejayaan itu akan berterusan sepanjang hidup kamu? Ada keberkatan ke kalau solat tinggal or main tangguh tangguh? Tak ada kannnn :) Semua tahu itu sebab semua belajar agama dulu time form 1 - form 5. Hayati bukan sekadar tahu, amalkan bukan biarkan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah ( tiba-tiba teringat peribahasa Arab time belajar form 2 dulu hehe )

Ohh, saya just bagi tips or cara belajar yang saya buat sahaja, kalau rasa kamu nak ikut, dipersilakan, tak salah :) Sharing is caring right? Lagipun saya tak kata dengan cara study saya ini CONFIRM dapat 4.00 flat, oh tidak tidak, semua itu bergantung juga pada Allah :) Apa yang penting ialah atas diri kita juga, USAHA DENGAN CARA YANG BETUL, bukan usaha SAHAJA tanpa memandang aspek-aspek yang lain. Saya ini cakap berdegar-degar macam ada saja yang baca blog saya and amalkan apa yang saya suggest kan kan kan? Takpe, bak kata moyang saya, usaha ! Orang nak baca or tak, takpe, kot-kot lah satu dua orang yang baca itu ambil manfaat and buat lagi bagus daripada seribu orang baca tapi tak ambil inputnya kan kan :)

Sampai sini sajalah saya merepek, nak sambung study! Haaa btw, kawan-kawan please kurangkan online kayhh? :) Study lagi penting, nanti after final nak online sampai berjam-jam pun suka hati lah, takde orang nak halang XD Last but not least, jaga SOLAT, jaga AL-QURAN, jaga IKHTILAT, jaga HATI :) Ma'an Najah bit taufik !

p/s: jangan lupa baca IT and English okay :) *peringatan untuk diri sendiri juga :) Wallahu'alam



PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , I from EXO planet . My UFO was break down , my age 11200 years old, I have 12 aliens . My birth date 12/12/2090 . I just want to say : Behave with me because I have 2 pair screw driver as my hand . Feel delightful to stay here.

BLUE;





OTHERS;


>> I've got new cell
date : NOW
at:10 am


>> prisoners jail breaking
date : 12/12/12
at: 12pm


>> new cellie arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • maaf :D
  • Happy Birthday :)
  • Ini Sejarah Kita
  • student's diary : 8
  • student's diary : 7
  • Happy Birthday :)
  • Student's diary : 6
  • Student's diary : 5
  • Student's diary : 4
  • Student's diary : 3