BE YOURSELF
ABOUT ME ENTRY TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
student's diary : 7
Saturday, June 18, 2011 • 7:08 PM • 0 convicts
Assalamualaikum . alhamdulillah semalam saya telah mengikuti satu seminar anjuran Rakan Integriti Malaysia ( RIM ) , PEMBINA Sarawak dan ISMA iaitu Zero to Hero bertempat di CTF 1 , campus barat ( skema habis ayat saya -.- )

honestly saya memang tak sempat nak snap apa apa gambar pun , agak fokus lah time dengar ceramah itu ( seriously ceramahnya banyak input yang berguna dan bermanfaat buat diri kita , so memang kalau terleka sikit , risau akan terlepas point penting ) . ceramah ini terbahagi kepada 4 slot . 1st slot dikendalikan oleh Ustaz Anuar Soleh dengan membawa tajuk ' Start From Zero : Who Am i ? '

Ustaz Anuar Soleh banyak membawa kita kembali mengenal diri sendiri semula start from persenyawaan until kita meninggal . alhamdulillah setiap kupasan dan huraian yang diberi memberi suntikan semangat yang baru kepada saya :) *skema oh saya taip kali ini HAHA . antara kata kata beliau yang terkesan dalam hati saya is ' Kita takkan cinta Allah jika tak kenal . kita tak kan kenal Allah jika tk kenal diri kita sendiri ' . ada faham ?

memang statement itu betul pun , lihat sahaja manusia yang tak beriman kepada Allah , kenapa hal sedemikian berlaku ? yes , sebab dia lupa siapa diri nya yang sebenar . akibat lupa akan asal usul diri sendiri , maka mereka berani melanggar hukum Allah sendiri :) apa tujuan hidup kita ? jawapan sinonim ialah : beribadah kepada Allah blablabla . yeah betul , no one kata salah . but how did you make it come true ? adakah dengan hanya beribadah seperti solat lima waktu then puasa bulan Ramadhan , after that menguar-uarkan kepada masyarakat sekeliling bahawa aku sudah Islam kerana aku cukup sembahyang 5 waktu ? is that true ? okay lah , saya pun bukan alim sangat nak story bab agama ini , saya cuma sampaikan sahaja ilmu yang saya dapat supaya dijadikan pedoman , insyaAllah .

Us Anuar ada kata , ' kita akan masuk syurga dengan rahmat Allah , bukan dengan koleksi pahala kita ' . abah pun pernah cerita juga bab ini time taklim petang petang lepas asar dekat rumah :) err , actually banyak lagi yang Us Anuar sampaikan , tapi kalau nak suruh saya tulis memang panjang lah kan . then 2nd slot is ' Be Hero ' bersama Dr Arif :)

slot ini agak kelakar dan mencuit hati kerana cara penyampaian beliau yang bersahaja dan penuh dengan selingan seperti video da gambar yang mencuit hati . beliau membentangkan kepada kita macam mana caranya untuk menjadi Hero Islam , NOT hero barat yang diagung-agungkan seperti zaman sekarang . beliau ada kemukakan 10 cara untuk menjadi hero :
- At Taibun ( bertaubat )
- Al 'Abidun ( beribadat )
- Al Hamidun ( sentiasa memuji )
- As Saihun ( mencari ilmu )
- Ar Raki'un ( Rukuk )
- As Sajidun ( Sujud )
- Al Amiruf bil Maa'ruf
- Nahi mungkar
- Jaga dan Pelihara hukum Allah
- Taqwa

then slot ketiga ialah ' Dahsyatkan Potensi Dirimu ' bersama Dr Arif lagi . slot keempat ialah ' Talk Show : Heroes Mission ' . Talk Show adalah forum , moderator adalah future-Dr Hanis , panel as usual Dr Arif and Us Anuar . alhamdulillah banyak input yang diperoleh melalui seminar ini . lagu tema dia agak menarik ( OST Imam Muda haha ) : Hambamu .

that's all okay , anneyong ! wassalam .

p/s : agak meleret entry ini , tapi tak apalah . yang penting input nya kan kan kan :)






PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , I from EXO planet . My UFO was break down , my age 11200 years old, I have 12 aliens . My birth date 12/12/2090 . I just want to say : Behave with me because I have 2 pair screw driver as my hand . Feel delightful to stay here.

BLUE;





OTHERS;


>> I've got new cell
date : NOW
at:10 am


>> prisoners jail breaking
date : 12/12/12
at: 12pm


>> new cellie arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Happy Birthday :)
  • Student's diary : 6
  • Student's diary : 5
  • Student's diary : 4
  • Student's diary : 3
  • Student's diary : 2
  • Student's diary : 1
  • nervous T_T
  • SEGMEN taraa - Nombor saya !
  • i dont know what to post -.-